Pemain Afrika Paling Mahal

54 views
Published on 12 Jan 2018
Description

Kelab Liga Super China, Beijing Guoan tidak lama lagi menjadikan penyerang Villarreal, Cedric Bakambu sebagai pemain Afrika paling mahal sepanjang zaman, tetapi hanya selepas membayar hampir dua kali ganda daripada harga asal pemain kebangsaan Republik Demokrasi Congo itu susulan cukai tambahan. Menurut laporan L’Equipe, butir-butir perpindahan Bakambu ke China dimuktamadkan beberapa hari lalu, dengan pemain berusia 26 tahun itu juga telah lulus menjalani pemeriksaan kesihatan, Beijing Guoan pada mulanya mencetuskan klausa pembelian bernilai 40 juta euro (RM191 juta) dalam kontrak Bakambu dengan Villarreal. Nilai tersebut sekali gus memintas tipis dua rekod pemain termahal Afrika ketika ini, Sadio Mane dan Mohamed Salah yang dibeli Liverpool dengan harga 34 juta pound (RM184 juta). Nilai Bakambu itu bagaimanapun gagal mengatasi harga 56 juta euro (RM267 juta) Naby Keita yang dipersetujui Liverpool bagi mendapatkan pemain RB Leipzig itu pada musim panas nanti ( 12/01/2018 )

Show More
Login or Register to post comments.